Khamis, April 09, 2009

Bicara Tentang Syurga

Jannah atau syurga menurut etimologi bererti taman yang terdiri dari pohon kurma atau pohon lain-lain. Kata ini diambil dari perkataan janna yang ertinya menutupi. Sebab disebut begitu ialah kerana pohon-pohon yang ada di dalam syurga amat rendang daunnya, rimbun sekali, sedang cabang-cabang dari pohon yang satu bertaut dengan cabang-cabang dari pohon lainnya, sehingga bahagian atas merupakan sebuah naungan atau payung tempat berteduh.

Adapun yang dimaksud dengan syurga ialah suatu tempat kediaman atau perumahan yang disediakan oleh Allah S.W.T untuk hamba-hamba-Nya yang bertakwa kepada-Nya sebagai balasan kepada mereka atas keimanannya yang jujur dan benar serta amal perbuatannya yang soleh.Untuk memberi nama syurga itu, Al-Quran memberikan banyak gelaran seperti Jannatul Ma'wa (syurga tempat kembali), Jannatul Adn (syurga tempat tinggal yang kekal), Darul Khulud (perumahan yang kekal), Firdaus (paradise), Darussalam (tempat kediaman yang damai), Darul Maqamah (tempat kediaman yang tenang), Jannatun Na'im (taman-taman yang menyenangkan), Maqam Amin (tempat yang aman) dan lain-lain lagi. 

1 ulasan: